"Kita Tak Boleh Hukum 20,000 Pelajar Afrika Hanya Kerana 66 Orang Buat Hal" - Menteri - Kampus | mStar

"Kita Tak Boleh Hukum 20,000 Pelajar Afrika Hanya Kerana 66 Orang Buat Hal" - Menteri

KUALA LUMPUR: Penglibatan pelajar asing terutamanya dari benua Afrika dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial di negara ini adalah rendah dan terkawal, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, terdapat 66 kes membabitkan pelajar warga Afrika atas pelbagai jenis kesalahan jenayah daripada kira-kira 20,000 pelajar dari benua itu di Malaysia pada masa ini.

"Kita tidak boleh menghukum pelajar Afrika yang betul-betul mahu belajar hanya kerana beberapa rakan mereka melakukan jenayah, itu tidak adil.

"Kita sepatutnya memberi peluang kepada mereka untuk menuntut ilmu di sini bagi memajukan negara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan media berhubung peningkatan pelajar asing di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terutamanya dari benua Afrika dalam kegiatan jenayah selain tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan peraturan bagi pengambilan pelajar asing di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS untuk memastikan pelajar yang tulen sahaja dibenarkan mengikuti pengajian.

Beliau meminta IPTA dan IPTS supaya sentiasa memberikan maklumat dan data terbaru mengenai pelajar asing kepada kementerian bagi memantau sama ada mereka komited untuk belajar atau sekadar membuang masa.

Mengulas cadangan mewujudkan kuota lepasan matrikulasi ke IPTA bagi mengelak berlakunya keciciran, Mohamed Khaled berkata perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh.

Menurutnya, sistem meritokrasi masih relevan pada masa ini kerana pengambilan pelajar ke IPTA dinilai melalui 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.

"Kemasukan ke IPTA dinilai melalui sistem merit dan kelayakan seseorang pelajar dan bukannya dari mana pelajar itu datang," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain