suria

Intekma Hidang Selera Warisan Ibunda

INTEKMA  Resort & Convention Centre (IRCC) Shah Alam menyediakan lebih 70 menu tempatan bertemakan masakan Melayu Selera Warisan Ibunda sempena Ramadan kali ini.

Antara signature dish ialah kari kepala ikan, aneka bubur lambuk, kambing panggang dan tidak ketinggalan murtabak istimewa resort tersebut.

Menariknya, murtabak tersebut disajikan khas pada bulan Ramadan saja dan pastinya ia menjadi buruan penggemar sajian pembuka selera itu.

Pakej yang ditawarkan berharga RM65 untuk dewasa manakala RM38 bagi kanak-kanak.

Bagi golongan kurang upaya dan warga emas pula, potongan harga pada kadar RM60 setiap seorang.

Bagi mencetuskan kelainan, Intekma Resort sekali lagi menampilkan juara Kilauan Emas musim kedua, Fuad yang akan menghiburkan pengunjung sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, kaunter zakat turut dibuka bagi memudahkan pengunjung membayar zakat.


Untuk kemudahan pengunjung, parkir percuma dan surau selesa turut disediakan.

Sambil menjamu selera, pengunjung juga berpeluang mendengar tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan sepanjang Ramadan.

Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-55225001/5009/5066 atau layari www.intekmaresort.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi ini.

Artikel Sebelum

Udang Pelbagai Rasa

Artikel Berikut

Artikel Lain