suria

Tanda Ingatan Tersangat Penting Dalam Percintaan...

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua…Lin kembali berbicara tentang cinta. Dan kali ini, Lin ingin menyentuh tentang pemberian istimewa buat sidia.

Lin percaya, apabila memasuki alam percintaan, sedar atau tidak, kita akan memikirkan tentang cara untuk memelihara perhubungan dan satu daripadanya adalah dengan memberikan hadiah istimewa kepada yang tersayang.

Pasti ramai yang beranggapan, hadiah hanya perlu kita berikan sewaktu tiba hari lahirnya saja. Tapi mengapa tidak lebih dari itu. Ia sebenarnya lebih dari apa yang kita fikirkan kerana pada bila-bila masa sebenarnya kita boleh menghadiahkan sesuatu buat sidia tanpa perlu menunggu tibanya hari istimewa.

Tak semestinya pemberian itu sesuatu yang mahal dari segi harga dan kualitinya tetapi cukup sekadar sesuatu yang boleh memberi seribu makna dalam memperlihatkan ketulusan hati anda dalam mengasihinya.

Bagi yang berjiwa romantis, selain ungkapan kata-kata cinta, pasti ada yang menghadiahkan bunga buat wanita yang dicintainya paling tidak pun, sekuntum setiap hari..ianya sudah cukup memadai sebagai tanda ingatan yang tak pernah lekang dari hati.

Bertuah badan ya bagi yang memiliki pasangan yang berjiwa puitis dan romantis...kerana ada juga di antara kita ni yang tak pernah terfikir untuk mengambil tahu tentang betapa pentingnya mengambil hati pasangan selain menganggap ia terlalu remeh untuk diberi perhatian.

Hakikatnya mengambil hati pasangan sangat penting dan ia akan dihargai oleh pasangan kita - sekaligus mengikatkan lagi tali percintaan.

Untuk hadiah sempena hari lahirnya pula, seeloknya dibuat mengikut kemampuan kewangan kita. Janganlah sampai meminjam sana sini semata-mata untuk membelikan sesuatu yang mahal.

Pasangan yang terbaik adalah individu yang memahami kondisi serta kemampuan pasangannya dan tak pernah mengeluh mahupun mengungkit walaupun ia hanya dihadiahkan sekeping kad ucapan kerana yang penting baginya adalah keikhlasan dalam mempamerkan tanda cinta dan kasih buat insan yang tercinta…renungkanlah!..

Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta. Jumpa lagi… Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali-kali kita lupa dari mana asal usul kita…

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, setiap Ahad (8 mlm – 12 mlm) & Isnin – Jumaat (11 mlm – 2 pagi) di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu).

Kirimkan penyertaan seperti puisi, warkah, madah cinta anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke [email protected]

DJ LIN adalah penyampai radio SURIA fm

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain