suria

Buat Hati Yang Patah...Jemput Kembali Keceriaan

ASSALAMUALAIKUM semua dan salam sejahtera. Ini adalah kolum Lin yang pertama dan ketika Lin mula-mula diminta menulis untuk mStar Online, Lin terfikir apa salahnya untuk Lin berkongsi dengan para pembaca apa yang sering Lin bicarakan di konti Suria FM.

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dalam alam percintaan meskipun hakikatnya apabila cinta mewarnai hidup kita ia seakan memberikan kekuatan dalam mengharungi liku liku kehidupan dan hidup dikatakan sunyi tanpa cinta namun tak siapa yang mampu menghalang ketentuan serta nohtah dalam sesebuah perhubungan.

Ada yang mampu pertahan cinta sehingga kekal bahagia hingga ke saat menutup mata dan ada jua yang terkandas cintanya akibat tentangan keluarga, berubah hati dan sebagainya. Apapun yang berlaku, kita harus memandang ia dari sudut yang positif meskipun rasa pedih dan kecewa menghiris jiwa dan yang pasti apa kita rasai itu hanyalah bersifat sementara dan di suatu masa nanti, kitakan pasti mampu menghadapinya.

Yang paling penting ialah kekuatan diri. Ini perlu kita bina untuk keluar dari kepompong kekecewaan. Sebaliknya kita jemput keceriaan kembali mewarnai diri dan langkah kaki kita dalam membuka lembaran cinta yang baru nan lebih bermakna. Antara yang boleh dilakukan, berhenti dari terus mengingati kenangan semalam yang penuh kelukaan sebaliknya fokus kepada perkara penting dalam hidup kita seperti kerjaya dan keluarga.

Kuatkan semangat dan tekadkan diri untuk menjadikan hari baru akan lebih baik dari sebelumnya. Selain itu, kawal benak fikiran kita untuk berhenti dari terus memikirkan perkaran negatif sebaliknya banyakkan bersyukur di atas apa jua yang anda miliki dan kecapi hingga kini. Itu lebih penting bukan?

Pada masa yang sama, kenapa tidak belajar menjadi pemaaf kerana ia dapat membersihkan hati daripada perasaan dendam dan emosi negatif yang bersarang diminda. Selain itu, hiburkanlah hati dengan bercuti atau menikmati keindahan di sekeliling kita serta lakukanlah perkara-perkara yang melucukan bersama ahli keluarga dan teman-teman akrab anda.

Ok, jangan lupa bersama Lin untuk kita bersama mendekati dunia cinta. Jumpa lagi… Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali kali kita lupa dari mana asal usul kita…

Dengarkan Rancangan SURIA CINTA, yang ke udara di Suria Fm (105.3 di Lembah Kelang), (105.9 di Sabah) (96.0 di Ipoh) dan (96.1 di Kuantan), (88.5 di Melaka dan Utara Johor), (101.4 di Johor Bahru), (91.7 di Taiping), (106.9 di Perlis, Kedah & Penang) (107.0 di Seremban), (106.1 di Kota Bharu) dan (102.4 di Kuala Terengganu) . Keudara setiap Ahad (8.00 malam hingga 12.00 malam) juga Isnin – Jumaat (11 mlm – 2 pagi). Kirimkan penyertaan seperti puisi, warkah, madah cinta anda kepada Lin ke alamat; Penerbit Suria Cinta, SuriaFM, Tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1 Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. Anda juga boleh fakskan sebarang pertanyaan ke 03-40439125. Sebarang penyertaan dan komen, emailkan ke [email protected]

DJ LIN adalah penyampai radio SURIA fm

Artikel Lain