suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumpa untuk buat hubungan seks... Janda sesak nafas, sawan selepas kekasih beri minuman dicampur dadah

Campuran bahan terlarang dalam minuman boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri. -Gambar hiasan

SEORANG ibu tunggal yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing sungai disahkan meninggal dunia selepas dia dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Susulan kematian Yayuk Farida, 47, polis Indonesia segera menjalankan siasatan yang membawa kepada penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Fauzan.

Menurut pengakuan lelaki berusia 28 tahun itu, dia memberi mangsa minuman yang dicampur dengan pil koplo, sejenis dadah rekreasi yang boleh menyebabkan perasaan euforia atau halusinasi.

Jelas Fauzan, mereka sempat bersetubuh sebelum mangsa diserang sawan dan tidak sedarkan diri.

"Sebelum pergi ke sungai di Desa Asembagus, saya tawarkan dia (mangsa) dua biji pil koplo warna putih tapi dia tak mahu sedangkan saya dah telan dua biji.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa diri lepas cerai, bekas suami hampir gila rindukan janda! Menyesal tak sudah ‘pasang 2’ - “Saya sunyi walau ada GF”

"Tetapi selepas melakukan hubungan seks, mangsa seperti orang berdengkur dan tidak sedarkan diri.

"Saya 'dating' dengan mangsa, saya sudah ada isteri," kata Fauzan yang juga seorang pegawai dari Kampung Rangkang di daerah Kraksaan.

Menurut Fauzan, dia yang panik melihat mangsa tidak sedarkan diri terus meninggalkan lokasi itu.

Selain Fauzan, dua lagi rakan kongsi mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain