suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh pilih nama anak, wanita tergamak tularkan suami di media sosial

Pemilihan nama anak perlu mendapat persetujuan suami dan isteri. -Gambar hiasan

PEMILIHAN nama merupakan salah satu proses penting selepas pasangan suami isteri menyambut kelahiran bayi mereka.

Nama yang dipilih bukan sekadar sedap disebut, malah ia juga perlu memiliki maksud yang baik.

Namun, seorang wanita tular selepas dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan nama oleh suaminya.

Dalam perkongsian di internet, wanita itu kecewa kerana suaminya memilih nama 'Yves' untuk anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja sambut kelahiran cahaya pertama, mak ayah jangan lupa daftar anak! Ini senarai semak dokumen perlu dibawa ke JPN

Menurut pengadu, 'Yves' merupakan nama yang biasa dipakai oleh orang Perancis, sedangkan dia dan suaminya tidak mempunyai kaitan dengan negara itu.

Pertikaian mengenai nama bayi menyebabkan pasangan itu bergaduh.

Menurut pengadu, dia merupakan wanita berbangsa Korea-Amerika.

Malah, dia juga risau sekiranya nama itu akan menyebabkan anaknya diejek di sekolah kelak.

Meski pun kendengaran remeh, perkongsian wanita itu menjadi topik perdebatan di internet kerana nama merupakan aspek penting dalam kehidupan seseorang. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain