suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikopter terhempas, 4 individu termasuk kanak-kanak disahkan maut

Empat individu maut selepas sebuah helikopter terhempas di Texas.

SEBUAH helikopter terhempas di Houston, Texas selepas ia merempuh sebuah menara radio pada petang Isnin (waktu Malaysia).

Nahas udara itu mengorbankan empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, kata pegawai bomba.

Menurut pihak berkuasa Houston, helikopter R44 itu terhempas di sebelah timur pusat bandar selepas ia berlepas dari Ellington Field.

"Helikopter yang terhempas adalah helikopter persendirian," kata Ahli Dewan Bandaraya Houston, Mario Castillo menerusi laman X.

Media tempatan melaporkan sejumlah besar petugas kecemasan sedang bertungkus-lumus di lokasi kejadian.

Pegawai polis dan bomba meminta penduduk di kawasan untuk menghubungi 911 jika mereka menemui sebarang serpihan yang mungkin dapat membantu siasatan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain