suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mati ditembak bekas teman lelaki , mayat cikgu ditemukan dalam kereta

Mayat mangsa ditemukan dalam kereta miliknya. -Foto Thairath

SEORANG guru wanita ditembak mati oleh bekas kekasihnya sebelum lelaki itu membunuh diri.

Suspek dikenali sebagai Atitwat, manakala mangsa dikenali sebagai Namfon.

Kedua-dua mereka merupakan warga Thailand.

Difahamkan, suspek bertindak ganas kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan seorang guru lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru Dalam Perjalanan Ke Sekolah Maut Ditembak Di Kulim

Mangsa ditembak mati dalam kereta miliknya di daerah Bang Nam Priao di Chachoengsa.

Pada 18 Oktober, mangsa juga sempat memaklumkan ibunya tentang gangguan yang dilakukan oleh suspek.

Pada hari yang sama, suspek datang berjumpa mangsa untuk memaklumkan hubungan mereka berakhir dengan baik dan kekal sebagai kawan.

Ibu mangsa juga menasihati supaya suspek tidak melakukan sebarang tindakan tidak diingini kepada anaknya.

Ibu mangsa turut meluahkan rasa sedih dan tidak sangka atas kejadian itu ketika dia ditemui di Jabatan Perubatan Forensik di Nakhon Nayok untuk urusan membawa pulang jenazah. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain