suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri bunyi bising atas siling terjawab, biawak gergasi jadi ‘tetamu tak diundang’

Anggota bomba mengeluarkan seekor biawak dari dalam bumbung. Foto Damkar Karawang

SEORANG penduduk digemparkan dengan penemuan seekor biawak gergasi yang bersembunyi di dalam bumbung rumahnya.

Rakaman menunjukkan seorang anggota bomba mengeluarkan haiwan tersebut dari bumbung, tular di media sosial.

Kejadian berlaku di Karawang, Jawa Barat di Indonesia, pada Sabtu malam.

Biawak berukuran lebih dua meter. Foto Damkar Karawang

Ketua Balai Bomba Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Karawang, Rohmat Ilyas berkata, pada awalnya mereka menerima laporan daripada penduduk mengenai haiwan disyaki biawak berada di dalam bumbung rumah mereka.

"Penduduk bimbang kerana sering terdengar bunyi bising dari siling, kalau tidak dikeluarkan bimbang bahaya.

"Panjangnya lebih 2 meter. Alhamdulillah proses pemindahan hanya mengambil masa kira-kira 25 minit," kata Rohma kepada Kumparan, Selasa.

Beliau berkata, biawak tersebut masih ditempatkan di pangkalan BPBD Karawang. -Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain