suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan 14 tahun tunggang motor, tak sengaja langgar pakcik tua sampai mati... Puncanya jalan gelap

Keadaan motor yang dinaiki dua remaja itu. -Foto 77kaoded

SEORANG lelaki maut apabila dia dirempuh sebuah motosikal pada 10.30 malam, Sabtu.

Motosikal itu ditunggang oleh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bersama pembonceng berusia 13 tahun.

Remaja itu secara tidak sengaja merempuh mangsa yang sedang duduk di tepi jalan.

Mangsa yang dianggarkan berusia antara 50 hingga 60 tahun mengalami luka parah pada bahagian muka dan anggota badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 2 anak ditemukan maut di Lebuhraya Elite, punca kematian kekal misteri... Waris cari bukti rakaman dashcam, mohon saksi tampil

Ketika pasukan penyelamat tiba, mangsa yang juga seorang gelandangan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Bang Lamung, Thailand.

Leftenan Polis Jatesarit Sukjam dari Balai Polis Bang Lamung di Wilayah Chon Buri, turut mengesahkan kejadian itu.

Jelasnya, dua remaja itu dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Kedua-dua mereka hanya mengalami kecederaan ringan.

Kejadian tragis itu berpunca daripada keadaan gelap ekoran lampu jalan yang rosak. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain