suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Askar bunuh teman wanita, tikam dada mangsa guna pedang samurai

Suspek meninggalkan pangsapuri selepas kejadian tragis itu.

SEORANG lelaki ditahan atas dakwaan membunuh teman wanitanya dengan menggunakan sebilah pedang samurai.

Mangsa, Khemruthai, 30, yang bekerja sebagai pembantu rumah, dibunuh di sebuah pangsapuri di daerah Dusit, Bangkok pada 29 Jun lalu.

Suspek utama yang dikenali sebagai Sunat merupakan askar yang berusia 24 tahun.

Ketika dibawa ke lokasi kejadian, suspek turut diminta untuk melakonkan semula kejadian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 8 tahun jadi korban, penggali barangan antik percaya tangan mangsa 'kunci' makam purba

Menurut Sunai, dia mengambil pedang yang disimpan di atas almari dan menikam wanita itu pada bahagian dadanya.

Kemudiannya, dia membersihkan pakaiannya yang terkena darah dan terus meninggalkan pangsapuri berkenaan.

Ketika disoal tentang motif pembunuhan itu, Sunai hanya mendiamkan diri.

Sunai kini ditahan di Balai Polis Sam Sen untuk siasatan lanjut. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain