suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengah leka berucap, tiba-tiba Donald Trump pegang telinga berdarah... Cubaan bunuh masa kempen!

Donald Trump mengalami kecederaan selepas ditembak dalam kejadian pada Ahad. -Foto AP Evan Vucci

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump segera dibawa turun dari pentas selepas beberapa tembakan dilepaskan pada perhimpunannya di Butler, Pennsylvania pada Sabtu petang (waktu tempatan).

Menerusi rakaman CBS News, Trump yang pada ketika itu sedang berucap di dalam kempennya dilihat menyentuh telinganya lalu membongkok ke lantai selepas beberapa das tembakan dilepaskan.

Dapat dilihat kesan darah di telinga kanan Trump ketika ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia AS mengirinya.

Dalam kejadian itu, pihak berkuasa mengesahkan kepada stesen CBS Pittsburgh KDKA bahawa dua individu terkorban iaitu lelaki bersenjata dan seorang peserta kempen.

Dalam pada itu menurut Perkhidmatan Rahsia AS, Trump kini berada dalam keadaan selamat, dan menerima rawatan di sebuah hospital tempatan. -AGENSI

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain