suria

Disangka warga emas buat 'live', wanita 28 tahun positif terima kritikan netizen... Jadikan cuaca sebagai alasan

Perbezaan wajah XiaXia menjadi kritikan warga maya.

SELAIN kemahiran solekan, faktor persekitaran dan cuaca turut memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit wajah seseorang.

Maka tidak hairanlah apabila wanita yang dikenali dengan wajah cantik kelihatan berbeza di sesetengah lokasi sehingga mengejutkan masyarakat yang mengenalinya.

Begitulah yang dilalui seorang wanita berusia 28 tahun dari China selepas wajahnya ketika sedang berjalan kaki kelihatan lebih berusia berbanding biasa.

Menerusi laporan South China Morning Post, wanita digelar Xiaxia dari wilayah Hubei tengah itu telah dirakam ketika mengebara di sepanjang Lebuhraya Nasional China 214 pada Mac.

Dia memulakan perjalanan dari perbandaran Chongqing barat daya China ke wilayah autonomi Tibet barat daya pada bulan Januari.

Sepanjang perjalanan, Xiaxia menolak troli seberat 50 kilogram yang membawa keperluan hidup hariannya, termasuk khemah dan dapur.

Sepanjang menempuh jarak sehingga 50km sehari, dia melakukan penstriman langsung dalam talian bagi menghilangkan kebosanan selain membolehkannya memeriksa kereta dari arah belakang.

Tambahan pula penstriman langsung itu merupakan sumber pendapatan utamanya kerana sumbangan penonton boleh mencecah sehingga 10,000 yuan (RM6,549) sebulan.

Ekoran daripada itu penampilannya mendapat perhatian warga maya apabila dia didakwa kelihatan seperti wanita berusia 58 tahun.

Meskipun terkejut dengan reaksi yang diterima, dia bagaimanapun tampil yakin penampilannya akan kembali kepada status sebelumnya sebaik sahaja berjaya menamatkan pengembaraan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain