suria

Gara-gara pesanan lewat tiba, wanita lempar makanan atas jalan

Video tular memaparkan insiden yang berlaku.

MEREKA yang bersabar akan kekal tenang dalam apa jua situasi tanpa bertindak melulu.

Baru-baru ini tular video di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita menghempas kuih terang bulan yang dipesan ke atas jalan kerana lewat tiba.

Dalam klip video yang dikongsikan di, wanita berbaju merah tersebut dilihat mengamuk selepas kuih terang bulan atau turut dikenali sebagai martabak manis itu mengambil masa lebih dua jam untuk sampai.

Oleh kerana terlalu lama menunggu, wanita itu menghempas makanan yang diletakkan di dalam beg plastik tersebut selepas dihantar oleh seorang lelaki.

Dia berbuat sedemikian sambil mengeluarkan kata-kata yang penuh kemarahan.

“Sudah lama saya menunggu! Sehingga tetamu yang datang sudah pulang sebelum kuih ini sampai,” kata itu. - Pos-kupang.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain