suria

Ikan laut bergelimpangan di daratan, netizen risau petanda kurang baik

Rakaman video menunjukkan ikan melompat ke darat.

FENOMENA aneh yang boleh menjadi petanda kepada bencana yang bakal melanda!

Begitulah kisahnya apabila beratus-ratus ekor ikan dilihat melompat ke atas jalan di Indonesia sehingga menjadi tular di media sosial and mencetuskan perbincangan hangat.

Berdasarkan video yang dirakam, dapat diperhatikan beberapa penduduk mengutip ikan-ikan yang sedang melompat menggunakan beg pakaian.

Pengguna media sosial yang menonton video itu menyatakan rasa kagum apabila melihat jumlah ikan yang sebegitu banyak naik ke darat.

“Hati-hati. Mungkin ia petanda alam yang kurang baik.

“Perlu berhati-hati, pasti ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Semoga tidak berlaku sebarang perkara buruk,” kata pelayar.

Dalam pada itu, seorang wanita tempatan yang memuat naik video tersebut berkata ia adalah fenomena normal di kawasan terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain