suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lamaran bertukar tragedi, wanita maut terjatuh tebing 30 meter

Percutian pasangan ini bertukar tragedi. -Gambar Newsflash

SEORANG wanita maut terjatuh dari ketinggian 30 meter sejurus selepas dilamar.

Kejadian tragis itu berlaku pada 6 Julai lalu, ketika mangsa, Yesim Demir, 39, berkunjung ke tempat romantis di tebing di barat laut Turki untuk melihat matahari terbenam bersama pasangannya Nizamettin Gursu.

Setibanya di sana, Gursu dilaporkan kembali ke kereta untuk mengambil barangan berkelah sebelum mendengar bunyi jeritan tunangnya.

Dia bergegas kembali dan mendapati bahawa tunangnya terjatuh dari tepi tebing.

Gursu cuba mendapatkan bantuan, namun tunangnya gagal diselamatkan dam disahkan meninggal dunia.

Bercakap kepada pemberita, Gursu berkata, mereka memilih tempat dengan pemandangan cantik itu bagi mengabadikan kenangan selepas melamar.

“Kami minum arak. Semuanya berlaku dengan pantas. Dia hilang imbangan dan terjatuh,” ujarnya.

Pihak berkuasa segera menutup kawasan itu bagi melakukan siasatan, dan dibuka semula pada 15 Julai. -METRO.UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain