suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 kali buat hubungan seks dengan kuda... Pemuda ditangkap lagi selepas berbogel di kawasan ladang, mahu dekati 2 haiwan

Haiwan seperti kuda tidak terlepas menjadi mangsa keganasan seksual manusia. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang pernah ditahan kerana melakukan hubungan seks dengan kuda sebanyak 12 kali ditahan lagi atas kesalahan berlainan.

Terbaharu, Jack R Blanke, 39, dari Illionos, Amerika Syarikat, ditahan pada Ahad selepas dilihat sedang berbogel di kawasan sebuah ladang.

Ketika penahanan itu, polis melihat pemuda berkenaan sedang berbogel berhampiran dua ekor kuda.

Dia dikatakan memecah masuk ke ladang itu pada pukul 1 pagi sebelum dirakam sedang mundar-mandir menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rogol kuda dipenjara 10 bulan... Siap bawa lobak, timun ke ladang haiwan

Pemilik ladang yang menyedari rakaman itu terus membuat laporan polis sebelum dia ditangkap tidak lama kemudian.

Dia yang didakwa atas kesalahan menceroboh kawasan persendirian akan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Julai ini.

Kali terakhir Blanke ditangkap adalah pada April lalu apabila dia melakukan hubungan seks dengan seekor kuda di sebuah ladang di Michigan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain