suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat nak layan ‘movie’ masa 'dating', lelaki curi motosikal ditahan polis depan kekasih

Lelaki diserbu oleh pihak polis ketika sedang menonton wayang bersama kekasihnya.

AKIBAT didakwa melakukan kegiatan jenayah mencuri motosikal, seorang lelaki ditahan pihak polis.

Lebih memalukan apabila dia diserbu oleh pihak polis ketika sedang menonton wayang bersama kekasihnya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, beberapa orang anggota polis yang berpakaian seperti orang awam memasuki sebuah pawagam di wilayah Lampung, Indonesia.

Berikutan kejadian, suspek berkenaan yang duduk di kerusi penonton berjaya ditangkap oleh mereka.

Semasa penangkapan terhadap lelaki berbaju kemeja, dia dilihat duduk bersebelahan seorang wanita yang dipercayai merupakan teman wanita kepadanya.

Sebelum dibawa keluar daripada panggung wayang, pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas suspek. - Suara.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain