suria

Sanggup meniarap atas bumbung, jiran kantoikan lelaki 'skodeng' wanita mandi

Lelaki yang panik itu kemudian terus bangun dan cuba turun daripada bumbung.

PERBUATAN keji seorang lelaki yang memanjat bumbung di kawasan perumahan untuk ‘skodeng’ jirannya, akhirnya kantoi selepas disedari oleh orang awam.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, lelaki berbaju kuning itu dilihat sedang meniarap di atas bumbung sebelum terkejut apabila disergah.

Turut kedengaran suara perakam video yang menjerit untuk menakutkan lelaki tersebut.

“Woi, tukang ngintip (kaki skodeng)! Tukang ngintip, hai! Tukang ngintip, ada yang mengintip... tolong,” teriak seorang wanita dalam video.

Lelaki itu yang panik kemudian terus bangun dan cuba turun daripada bumbung selepas kelakuan tidak senonohnya disedari oleh orang ramai.

Malah, individu itu sempat melemparkan batu kepada si perakam ketika sedang turun dari atas bumbung.

"Saat-saat seorang lelaki ketahuan mengintip wanita mandi. Panik sewaktu dijerit oleh orang ramai," demikian kapsyen yang ditulis pada video.

Video tersebut mendapat perhatian ramai setelah dimuat naik di @video_medsos.

Rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang berani menjerit dan menakutkan lelaki tersebut.

Malah, pujian harus diberikan kepada penduduk di kawasan tersebut kerana peka dengan keadaan sekeliling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain