suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki terlupa hadir majlis kahwin sendiri, keluarga pengantin perempuan tuntut ganti rugi

Seorang lelaki terlupa hadir ke majlis perkahwinan sendiri. (gambar hiasan: Freepik)

SEORANG lelaki mengejutkan ramai tetamu apabila dia terlupa hadir ke majlis perkahwinan sendiri.

Ia berlaku gara-gara lelaki dari kampung Sultanganj di Bhagalpur, Bihar di India itu mengambil terlalu banyak minuman keras.

Pengambilan minuman keras yang berlebihan itu sempena meraikan majlis perkahwinannya.

Dalam kejadian itu, pengantin perempuan dan keluarganya menunggu pengantin lelaki di majlis tetapi hampa pasangannya tidak muncul.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa beli rokok, lelaki bakar wajah isteri

Sebaik pengantin lelaki menyedari dirinya terlupa mengenai majlis berkenaan, dia kemudian bergegas ke rumah pengantin perempuan.

Bagaimanapun, pengantin perempuan enggan berkahwin dengannya kerana dia tidak mahu menghabiskan hidupnya dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Keluarga pengantin perempuan juga menuntut keluarga pengantin lelaki suapaya membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi terhadap kos mengadakan majlis perkahwinan.

Malah, terdapat insiden di mana keluarga pengantin perempuan menjadikan beberapa ahli keluarga pengantin lelaki sebagai tebusan.

Susulan kejadian itu, polis dihubungi untuk ke lokasi kejadian dan situasi kemudian berjaya dikawal. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain