suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cabul gadis sedang tidur, datuk berusia 66 tahun ditahan polis… rupanya cucu sendiri pun pernah jadi mangsa

Perbuatan mencabul adalah salah dan tidak patut dilakukan oleh mana-mana individu. - Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas ditahan oleh pihak polis atas kesalahan mencabul dua orang gadis bawah umur.

Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia itu, suspek yang berusia 66 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa yang merupakan cucu dan ahli keluarganya sendiri.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis, Iptu Gatot Tri Hartanto, kegiatan keji warga emas itu terbongkar pada Februari lalu apabila dia meraba alat sulit salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun pada ketika itu, sewaktu sedang tidur di hadapan televisyen.

Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut disedari oleh ahli keluarga mangsa.

Keluarga yang berang dengan perbuatan warga emas tersebut bertindak melaporkan kejadian kepada pihak polis, lalu suspek diberkas.

Susulan daripada kejadian, polis mendapati bahawa ini bukan kali pertama suspek melakukan hal sedemikian.

Sebelum ini, suspek juga pernah mencabul cucunya sendiri yang berusia 12 tahun.

Suspek telah didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh di hukum penjara 5 hingga 15 tahun. - KOMPAS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain