suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ulama tersohor Indonesia KH Ahmad Rofiq Malik meninggal dunia, rebah di pentas ceramah

Ulama KH Ahmad Rofiq meninggal dunia ketika memberi ceramah agama.

ULAMA tersohor Jakarta, KH Ahmad Rofiq Malik meninggal dunia ketika sedang memberi ceramah agama di sebuah pusat pengajian Islam Salafiyyah Al Murtadlo Blingoh Donorojo, Jepara.

Video detik-detik Ahmad Rofiq rebah ketika menyertai majlis ilmu itu tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, dapat dilihat ilmuan berkenaan dalam keadaan tenang ketika bersama jemputan lain di atas pentas utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ulama besar Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia... Al-Fatihah

Namun secara tiba-tiba Ahmad Rofiq rebah hingga menyebabkan beberapa individu yang duduk berdekatan dengannya bergegas untuk membantu.

Berita kematian ulama tersebut disahkan Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama Jepara, KH Charis Rochman yang juga merupakan salah seorang ulama terkenal di daerah itu. - detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain