suria

Tak hirau larangan, gadis berbikini meraung selepas tangan kiri putus diserang jerung

Kaylane hilang tangan kiri selepas diserang seekor jerung.

SEORANG gadis putus lengan kiri selepas diserang oleh seekor jerung di Pantai Piedade di bandar Jaboatao dos Guararapes, Brazil, pada Isnin.

Dalam kejadian itu, Kaylane Timoteo Freitas berjaya ditarik ke kawasan darat oleh orang ramai selepas dia diserang haiwan berkenaan.

Foto memaparkan gadis berbikini yang berlumuran darah itu turut tersebar di media sosial.

Kaylane dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan, menyebabkan sebahagian lengan kirinya dibuang.

Dia juga mengalami kecederaan pada bahagian perut dan kaki, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital.

Untuk rekod, ia bukanlah kejadian serangan jerung yang pertama di lokasi itu.

Sehari sebelum kejadian menimpa Kaylane, seorang individu putus kaki akibat diserang jerung di lokasi sama.

Pakar psikologi Andrea Caribe berkata dia bingung apabila orang ramai masih tidak serik biarpun berlaku banyak kejadian mengerikan di lokasi tersebut.

Malah, aktiviti berenang telah diharamkan di Pantai Piedade sejak 2021 kerana kes serangan jerung yang kerap berlaku. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain