suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlumuran darah, penduduk kampung terkejut budak 6 tahun ‘hilang’ alat sulit

Keadaan mangsa ketika di dalam ambulans selepas kejadian.

KEJAM! Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun nyaris maut apabila ditemukan dengan keadaan alat sulitnya dipotong.

Memetik laporan Mirror, kanak-kanak itu dijumpai oleh penduduk kampung dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah.

Kejadian berlaku berhampiran lombong emas di sebuah penempatan di Blue Skye, Afrika Selatan, pada 1 Mac lalu.

Difahamkan, penduduk yang datang untuk melihat mangsa berusaha untuk mengejar si pelaku setelah mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Pada awalnya, penduduk mencari punca kecederaan pada tubuh budak lelaki itu kerana beranggapan mangsa ditikam.

Namun setelah diteliti, mereka terkejut apabila mendapati kemaluan mangsa telah dipotong.

Kanak-kanak itu dilaporkan kehilangan banyak darah sehingga nyaris maut.

Lebih parah apabila mangsa tidak dapat melihat dengan baik kerana matanya disembur dengan lada yang memedihkan.

Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.

Komander Balai Polis Afrika Selatan, Boksburg Kolonel Matshidiso Mbele mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes cubaan membunuh.

Menurut Mbele, mangsa dikejarkan ke hospital dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain