suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlelap ketika menyusu, ibu tak sengaja tindih bayi sehingga meninggal dunia

Seorang ibu kehilangan anaknya ketika sedang menyusu. Foto: Detik.news

SEORANG bayi berumur dua bulan di Makasaar dekat Sulawesi Selatan, Indonesia meninggal dunia dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila tertindih ibunya ketika sedang menyusu.

Ketika kejadian si ibu bayi menyusu anaknya di dalam kereta kerana banjir yang sedang melanda daerah Makassar.

"Ibu bayi itu tertidur ketika sedang menyusu anak dan secara tidak sengaja menindih anak kecilnya sehingga meninggal dunia," kata jurucakap pihak polis tempatan Aipda Ahmad Halim

Mangsa pada awalnya diberikan susu badan oleh ibunya di dalam kereta di Topaz, Panakkukang, Makassar pada Rabu sekitar pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

Kejadian tragis itu disedari bapa ketika dia datang memeriksa keadaan bayi di dalam kereta.

Pada ketika itu keadaan tubuh bayi sudah memutih.

Penduduk di kawasan tempatan segera memanggil pasukan perubatan ke lokasi namun sudah terlambat kerana apabila diperiksa mangsa sudah meninggal dunia. - detik.news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain