suria

Pewaris konglomerat pilih transgender sebagai pasangan, kahwin pada 1 Mac

Pasangan itu dijangka berkahwin pada 1 Mac depan.

KISAH percintaan transgender popular Nong Poy dengan seorang jejaka kaya kini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Khabarnya pasangan kekasih ini akan berkahwin secara rasmi pada 1 Mac 2023.

Berita perkahwinan kedua mereka membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai identiti bakal suaminya iaitu Oak Phakwa Hongyok yang dikatakan pewaris kepada konglomerat besar di Thailand.

Menurut laman berita 8days, Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada pemilik konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang terlibat dalam perniagaan hotel dan pelancongan.

Dikatakan kumpulan Ar Jor memiliki muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket.

Namun sehingga kini belum ada laporan jelas berhubung jumlah sebenar aset milik Oak Phakwa Hongyok dan keluarganya.

Sementara itu, Nong Poy yang sememangnya aktif dalam dunia seni dilaporkan turut mempunyai kekayaan luar biasa yang dijana daripada kerjaya peragaan dan lakonan.

Dia menceburi industri peragaan pada tahun 2004 dan memenangi dua pertandingan ratu cantik.

Ketika ketika berusia 19 tahun, Nong Poy memenangi gelaran Miss Tiifany's 2004.

Kemudian, pada tahun yang sama dia memenangi pertandingan ratu cantik Miss International Queen.

Selepas itu Nong Poy memulakan kerjayanya dalam industri perfileman dan membuat kemunculan pertama pada tahun 2010 menerusi filem With Love.

Antara filem lain yang dibintangi adalah The White Storm, Insomnia Lover dan Witch Doctor.

Sebagai peringatan, perbuatan ini haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.- Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain