suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hamil anak luar nikah... Remaja 18 tahun bunuh awek bawah umur kerana tak mahu bertanggungjawab

Pelaku didakwa membunuh mangsa selepas diajak berkahwin.

POLIS Indonesia menahan seorang lelaki berusia 18 tahun kerana didakwa membunuh seorang remaja perempuan.

Lebih tragis, mangsa yang berusia 16 tahun merupakan kekasih kepada lelaki itu.

Berdasarkan siasatan awal, suspek bertindak kejam kerana mangsa yang hamil meminta untuk dia menikahinya.

Ketua Polis Daerah Denpasar Kombes Bambang Yugo Pamungkas berkata, mangsa dibunuh di rumah pelaku di Jalan Gunung Batur, Denpasar Barat, Bali, pada Selasa lalu.

"Motif pembunuhan kerana pelaku kesal dan marah akibat mangsa meminta dia bertanggungjawab untuk menikah,” katanya di Pejabat Polis Denpasar Barat pada Rabu.

Bambang berkata, mangsa datang ke rumah pelaku sebelum mengajak dia masuk ke dalam sebuah bilik.

Selepas itu, mangsa memintanya bertanggungjawab atas kehamilannya.

“Selepas melakukan persetubuhan, mangsa mengarahkan pelaku memberitahu kehamilan mangsa kepada ibu bapa pelaku dan turut menyampaikan kepada ibu bapa mangsa,” katanya lagi. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain