suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi Turkiye, Syria: Satu keluarga ditemukan hidup di bawah runtuhan

Seorang kanak-kanak berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan. foto Karam Kellieh

SATU keluarga yang terperangkap di bawah runtuhan akibat gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud di Turkiye dan Syira, berjaya diselamatkan.

Menurut Pertahanan Awam Syria, keluarga tersebut dibawa keluar dari bawah runtuhan rumah mereka di kampung Bisnia, barat Idlib, pada Selasa.

Seorang jurukamera ABC merakamkan momen beberapa kanak-kanak dan sekurang-kurangnya seorang dewasa diselamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Meruntun hati... 17 jam tertimbus akibat gempa, kanak-kanak 7 tahun lindungi adik dari runtuhan

Kedengaran sorakan kegembiraan di sekitar lokasi kejadian.

Memetik laporan AP, kesemua ahli keluarga itu kemudian dibawa masuk ke ambulans.

Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda kedua-dua negara mencatatkan 7,200 dan dijangka terus meningkat.

Pada Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria. - abc7news

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain