suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meruntun hati... 17 jam tertimbus akibat gempa, kanak-kanak 7 tahun lindungi adik dari runtuhan

Seorang kanak-kanak perempuan bersama adiknya di sebalik runtuhan. foto Mohamad Safa

GEMPA bumi berukuran 7.8 magnitud di selatan Turkiye dan Syria mengorbankan kira-kira 6,000 orang.

Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Di saat kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta-benda, kisah seorang kanak-kanak perempuan warga Syria berusia tujuh tahun menambat hati ramai.

Dia menjadi perhatian kerana ketabahan dan keberaniannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka kematian meningkat kepada 4,300, boleh cecah 20,000

Sekeping gambar memaparkan kanak-kanak itu melindungi adiknya ketika kedua-dua mereka tertimbus di sebalik runtuhan bangunan di Syria.

Foto tersebut dimuat naik oleh seorang wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di laman Twitter menjadi tular.

Wakil berkenaan, Mohamad Safa mendakwa kedua-dua kanak-kanak itu terperangkap di bawah runtuhan selama lebih 17 jam.

"Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang meletakkan tangannya di atas kepala adik lelakinya untuk melindunginya semasa mereka berada di bawah runtuhan selama 17 jam telah selamat.

"Saya tidak melihat sesiapa yang berkongsi. Jika dia mati, semua orang akan kongsi! Kongsi lah yang positif," tulis Safe menerusi satu ciapan.

Keadaan dua beradik itu meruntun hati netizen. - India Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain