suria

Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka kematian meningkat kepada 4,300, boleh cecah 20,000

Kemusnahan akibat gempa bumi di Turkiye. foto Reuters

ANGKA kematian meningkat kepada lebih 4,300 susulan gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, pada Isnin.

Menurut Pihak Berkuasa Bencana dan Kecemasan (AFAD), sekurang-kurangnya 2,921 kematian disahkan di Turkiye.

Sementara itu, menurut Kerajaan Damsyik dan pasukan menyelamat, sebanyak 1,444 kematian dicatatkan di Syria.

Selain itu, beribu-ribu mangsa cedera dan angka kematian dijangka terus meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Turkiye dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban

Pada 1999, apabila gegaran dengan magnitud yang sama melanda wilayah timur Laut Marmara dengan penduduk padat berhampiran Istanbul, ia mengorbankan lebih 17,000.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa jumlah korban akibat gempa bumi pada Isnin boleh melepasi 20,000.

Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain