suria

Tonton video lucah ketika perbahasan isu negara, ahli politik diminta letak jawatan

Dia dirakam sedang menonton video lucah ketika menyertai perbahasan tentang masa depan Kosovo.

SEORANG ahli Parlimen daripada Parti Sosialis Serbia dipaksa meletakkan jawatan selepas kantoi menonton video pornografi semasa perbahasan penting mengenai masa depan Kosovo.

Zvonimir Stevic, yang merupakan pengerusi "Jawatankuasa Kosovo" di Parlimen Serbia, dirakam sedang menonton video aksi lucah ketika berada di dalam dewan perbahasan, baru-baru ini.

Klip yang disiarkan oleh saluran TV Parlimen Serbia tersebar luas di media sosial sebelum dilaporkan menerusi berita arus perdana.

Pada April tahun lalu, Neil Parish yang juga ahli Parlimen Konservatif untuk Tiverton dan Honiton di Devon, telah digantung tugas selepas dua kali ditangkap mengakses video lucah pada telefonnya semasa berada di Dewan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas insiden itu diketahui umum, Paroki mengakui dia membuat kesilapan.

"Saya perlu bercakap dengan isteri saya, itu yang paling penting pada masa ini. Ia adalah satu kesilapan dan saya akan menerimanya seperti yang mereka katakan," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain