suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derita 6 tahun berakhir... Tukang cat jalani pembedahan betulkan hidung menyerupai zakar

Keadaan hidung Estrada sebelum dan selepas pembedahan.

SELAMA enam tahun menanggung derita, seorang lelaki yang mempunyai bentuk hidung seperti zakar kini sudah mampu menjalani kehidupan seperti individu normal lain.

Conrado Estrada, 52, menghidap penyakit yang dinamakan 'rhinophyma', iaitu keadaan kulit yang menebal, berjerawat dan berlekuk-lekuk di hujung hidung.

Akibat keadaan hidungnya itu, Estrada mendedahkan dia menghadapi kesukaran untuk makan dan bernafas.

Malah dia juga sering memakai pelitup muka kerana malu apabila direnung orang lain.

Difahamkan dalam tempoh tersebut, Estrada cuba mendapatkan bantuan daripada doktor dan pakar kulit.

Nasib menyebelahi Estrada apabila dia bertemu dengan Dr Thomas Romo, yang mengupanya untuk melakukan kerja mengecat di rumahnya.

Dr Romo merupakan pakar bedah rekonstruktif plastik yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Menerusi laman Instagram, Dr Romo yang juga pengarah Romo Plastic Surgery, memberitahu bahawa beliau mahu membantu Estrada dengan melakukan pembedahan secara percuma dan tawaran tersebut diterima lelaki berkenaan dengan teruja dan gembira.

"Selepas mengeluarkan lebihan ketumbuhan, saya membentuk semula hidungnya, dan memakaikan pembalut steril.

"Dia sangat teruja dan bersyukur! Tiada kepuasan yang lebih baik daripada dapat menggunakan kepakaran dan kemahiran saya untuk meningkatkan kualiti hidup orang lain," ujar doktor tersebut. - Timesnownews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain