suria

Selamba potong tiub guna gunting, bayi nyaris hilang jari gara-gara kecuaian jururawat... Hospital mohon maaf

Hospital memohon maaf atas kecuaian jururawat tersebut.

SEORANG bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan apabila jari kelingkingnyanya hampir putus gara-gara kecuaian jururawat.

Kejadian di Hospital Muhammadiyah Palembang, Sumatera Selatan itu berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut bapa mangsa, ia berlaku ketika jururawat dikenali sebagai DN menggunakan gunting besar untuk membuka tiub yang digunakan ketika rawatan anaknya.

Suparman berkata, pada awalnya dia memberi amaran supaya pelaku membuka sahaja balutan pada tangan yang diletakkan IV, namun diendahkan.

Tambahnya, jururawat itu sebaliknya mengambil gunting besar, menyebabkan jari kelingking kiri bayi itu terpotong.

Berang dengan kejadian itu, Suparman membuat laporan polis kerana jururawat berkenaan enggan memberi kerjasama.

Perkara itu akhirnya mendapat perhatian pihak atasan sehingga hospital tersebut memohon maaf atas kecuaian kakitangannya.

Pihak hospital bukan sahaja sanggup bertanggungjawab, malah akan memberikan layanan serta rawatan VIP buat mangsa.

"Anak saya sedang dirawat di Hospital Muhammadiyah kerana demam. Saya laporkan perkara ini bagi memastikan jururawat bertanggungjawab atas kesilapan memotong jari anak saya," ujar bapa mangsa. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain