suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja ditinggalkan ibu bapa dipaksa jalan kaki cari bantuan

Seorang remaja lelaki ditinggalkan berseorangan di lebuh raya ini.

SEORANG remaja lelaki ditinggalkan ibu bapanya di bahu jalan dan dipaksa berjalan kaki sejauh sebatu untuk mendapatkan bantuan.

Remaja yang berumur 17 tahun itu telah diselamatkan selepas ditinggalkan berseorangan di lebuh raya M11 berhampiran Cambridgeshire.

Dia berjalan dalam gelap di kawasan yang asing buatnya sehingga dia menjumpai sebuah tiang telefon kecemasan di tepi lebuh raya berkenaan dan mendapatkan bantuan.

Pihak polis berkejar ke lokasi kejadian untuk membawa remaja itu ke tempat selamat selepas insiden yang semestinya meninggalkan trauma itu.

Mereka seterusnya berkongsikan kisah itu di Facebook.

"Bayangkan anda seorang remaja berumur 17 tahun. Bayangkan anda ditinggalkan ibu bapa anda di bandar yang asing untuk anda.

"Bayangkan anda terpaksa berjalan sejauh sebatu pada waktu malam di sebuah lebuh raya untuk mencari telefon kecemasan.

"Itulah realiti yang dihadapi remaja ini semasa kami menjumpainya di lebuh raya M11," kata pihak polis dalam hantaran itu. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain