suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak umur 11 tahun tewaskan Albert Einstein dan Stephen Hawking dalam ujian IQ Mensa

Yusuf mempunyai cita-cita untuk menjadi pakar matematik.

YUSUF Shah berjaya memperoleh markah yang tertinggi dalam ujian Mensa menewaskan Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Kanak-kanak yang berumur 11 tahun itu telah mendapat keputusan 162 iaitu yang tertinggi boleh dicapai bagi kategori umur bawah 18 tahun.

Hawking mendapat keputusan 160 manakala Eisntein walaupun tidak menduduki ujian tersebut secara rasmi dikatakan telah mendapat keputusan yang sama.

Yusuf memilih untuk menduduki ujian tersebut setelah rakannya di sekolah mengatakan dia sangat bijak.

Yusuf meraikan kejayaan yang dikecapi dengan juadah di Nando's bersama keluarganya.

"Semua orang di sekolah menyatakan saya sangat bijak.

"Saya juga mempunyai perasaan ingin tahu untuk melihat adakah saya berada dalam kedudukan dua peratus teratas dari keseluruhan mereka yang mengambil ujian itu.

'Saya berasa berbangga untuk mempunyai sijil yang dikhaskan ke atas saya dan saya seorang sahaja," katanya.

Yusuf tinggal bersama keluarganya di Wigton Moor, Leeds dan berharap untuk menyambung pengajian dalam bidang matematik di Oxford atau Cambridge. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain