suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 gadis influencer disyaki terlibat aktiviti pelacuran, dicekup ketika tunggu pelanggan

Dua suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran. -gambar hiasan

DUA personaliti media sosial ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam talian.

Kedua-dua gadis tersebut menjadi perhatian kerana sering mempamerkan kemewahan mereka di media sosial.

Dua influencer dari Makassar, Indonesia yang berusia 23 dan 20 tahun itu ditahan bersama dua lagi individu berumur 25 dan 31 tahun.

Ketika penahanan dibuat, mereka berada di sebuah hotel di Ujung Pandang, Kota Makassar, Indonesia, pada Jumaat malam.

Kedua-dua personaliti itu ditahan ketika hendak bertemu dengan bakal pelanggan.

Dilaporkan, pihak polis telah lama menghidu aktiviti pelacuran membabitkan kedua-dua personaliti tersebut.

Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut.

Berdasarkan siasatan awal, polis menemui senarai selebriti yang disyaki terlibat dengan aktiviti berkenaan. di dalam telefon bimbit salah seorang suspek. - OkeZone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain