suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibarat filem seram, budak 2 tahun berlumuran darah diserang tikus

Kesan darah pada bantal selepas seorang bayi diserang tikus. foto Liverpool Echo

SEORANG ibu trauma selepas mendapati anaknya berusia dua tahun berlumuran darah akibat diserang tikus liar.

Wanita dari Walton, Liverpool di United Kingdom itu berkata, anaknya dimasukkan ke hospital selepas tikus menggigit muka ketika sedang tidur.

Menurut laporan Echo, keadaan itu membuatkan wanita berkenaan terlalu takut untuk pulang ke rumah dan memberitahu sedang mencari tempat tinggal baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama sangat ditutup, sekolah terbiar kini dikuasai tikus gergasi!

Berkongsi pengalaman pahit itu, dia berkata: "Ia seperti sesuatu dari mimpi ngeri atau filem seram, saya masih trauma dengan semua itu.

"Saya mendengar anak saya berusia dua tahun menangis dari katilnya dan apabila saya masuk ke bilik melihat dia berlumuran darah.

"Saya jatuh melutut kerana terkejut, saya tidak tahu apa yang berlaku sehingga saya melihat tikus itu berlari melepasi saya.

"Anak saya yang berusia empat tahun melihat semuanya bersama saya dan sejak itu mengalami mimpi ngeri."

Dilaporkan bahawa bayi itu kini pulih daripada kecederaannya, dan bebas daripada sebarang penyakit.

Turut dilaporkan bahawa rumah mereka bersih dan kemas di bahagian dalam tetapi perumahan yang tidak berkualiti telah menyebabkan ia bermasalah. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain