suria

Lelaki ditahan polis kerana tunjuk kemaluan kepada pelajar perempuan sedang ambil wuduk

Seorang lelaki ditahan kerana menunjukkan kemaluan di hadapan sekumpulan pelajar. foto KOMPAS.COM/DOK. Humas Polres Lampung Utar

SEORANG lelaki bertatu ditahan polis kerana menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan pelajar perempuan.

Perbuatan tidak senonoh itu berlaku dalam kawasan sekolah ketika pelajar hendak mengambil wuduk di tandas.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah agama (SMA) di Lampung Utara di Sumatera, Indonesia.

Ketua Polis Lampung Utara, AKP Eko Rendi Oktama berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang Rabu lalu di sebuah SMA di Kotabumi.

Suspek berusia 33 tahun menetap di Kotabumi Selatan dan merupakan penganggur.

Menurut keterangan pihak sekolah, suspek beberapa kali melakukan perbuatan lucah kepada sekumpulan pelajar perempuan sebelum ini.

Suspek dikatakan menceroboh masuk ke kawasan sekolah secara senyap-senyap.

Eko berkata, polis menemui bahan bukti berupa seluar dalam dan kondom di lokasi kejadian.

Katanya, seluar dalam tersebut merupakan milik suspek yang tertinggal sewaktu dikejar oleh penjaga sekolah sebelum ditahan polis.

"Pelaku berdepan dengan hukuman penjara lima tahun," kata Eko. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain