suria

Ibu tergamak paksa anak 17 tahun tiduri ramai lelaki, layan nafsu serakah warga emas demi bayar hutang

Mangsa dibayar selepas melayan nafsu serakah lelaki. foto China Press

SEORANG ibu didakwa memaksa anak perempuannya yang berusia 17 tahun, untuk melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki bagi membayar hutangnya.

Remaja perempuan itu akhirnya diselamatkan dan dibawa ke pusat perlindungan berikutan maklumat yang diterima oleh seorang pekerja sosial, pada Mac tahun ini.

Ibu dan anak perempuannya tinggal di kawasan yang sama dengan beberapa lelaki yang meminjamkannya wang.

Sebahagian daripada pinjaman telah diambil atas nama anak perempuannya.

Tangkap layar telefon menunjukkan ibu remaja itu berhutang dengan seorang lelaki antara RM4,062 to RM5,562 pada Februari dan Mac tahun ini.

Bercakap kepada China Press, remaja perempuan itu mendakwa dipaksa tidur bersama seorang penyewa berusia 60 tahun, awal tahun ini.

Pekerja sosial di pusat perlindungan, Lin berkata, remaja itu mudah terpedaya kerana lembam.

Menurut China Press, seorang lelaki berusia 57 tahun telah ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis bawah umur.

Turut dilaporkan bahawa gadis itu sendiri kini enggan untuk kembali kepada ibunya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain