suria

Pengetip kuku tersangkut di kerongkong gara-gara tertelan ketika bermain, bayi 8 bulan terpaksa jalani pembedahan

Doktor mengambil masa sejam bagi mengeluarkan pengetip kuku yang tersangkut pada kerongkong bayi tersebut. Foto: SWNS

SEORANG bayi lelaki berusia lapan bulan berdepan dengan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan objek tersebut yang tersangkut di kerongkongnya.

Bayi tersebut dikejarkan ke hospital di Nashik, barat India, selepas ibu bapanya menyedari anak mereka tertelan objek tersebut ketika bermain, tanpa sempat menghalang perbuatannya.

Hasil pemeriksaan x-ray menunjukkan objek berkenaan tersangkut tepat di bahagian bawah leher.

Bayi tersebut bernasib baik kerana masih boleh bernafas, tetapi ia mengundang bahaya sekiranya objek tersebut masuk ke dalam perut.

Bayi malang itu dirujuk kepada pakar di Kolej Perubatan Dr Vasantrao Pawar, di mana pengetip kuku berjaya dikeluarkan dalam pembedahan yang berlangsung selama sejam.

Doktor mengesahkan bayi tersebut stabil dan beransur pulih selepas prosedur pembedahan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain