suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis bawah umur dirogol abang ipar, rahsia terbongkar selepas disahkan hamil 3 bulan

Kisah malang gadis itu terbongkar selepas dia disahkan hamil tiga bulan.

MALANG nasib gadis ini apabila dia menjadi mangsa nafsu serakah abang iparnya.

Dalam kejadian yang berlaku di Khargone, India, gadis bawah umur itu diserang abang iparnya ketika dia keluar untuk memberi lembu peliharaan makan.

Dakwa mangsa, dia diseret sebelum dirogol dalam sebuah bilik.

Dia bagaimanapun bertindak mengunci mulut kerana risau imejnya tercalar gara-gara kejadian itu.

Baru-baru ini, gadis itu mengadu sakit pada bahagian perut sebelum dia dibawa berjumpa doktor.

Akhirnya, doktor mengesahkan gadis itu hamil tiga bulan.

Selepas disoal, dia akhirnya membuka mulut mengenai kejadian malang yang berlaku.

Kes tersebut kini berada dalam siasatan polis.

Suspek bagaimanapun melarikan diri dan kini sedang diburu pihak berkuasa. - India Today.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain