suria

Pergi gim pun tak selamat... Gadis 18 tahun diintip ketika mandi, jurulatih kecergasan siap buat rakaman video

Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan.

SEORANG jurulatih kecergasan dipenjara enam bulan kerana membuat rakaman video seksual melibatkan gadis berusia 18 tahun.

Warga Filipina Jayson Atendido Gasque, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dilakukan di negara Brunei, di hadapan Majistret Nur Eleana Datuk Seri Paduka Hairol Arni.

Dia pada awalnya dijatuhkan hukuman selama sembilan bulan, namun dikurangkan kepada enam bulan atas kesalahan jenayah pertama defendan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendedahkan bahawa pada 22 Jun, mangsa yang juga pengunjung kelab kecergasan menuju ke bilik mandi selepas bersenam.

Video dirakam ketika dia sedang mandi, malah mangsa juga terserempak dengan defendan pada waktu itu. - Buletin Borneo/ANN.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain