suria

Pengintip di Kremlin salur maklumat terkini... Betul ke Putin mungkin ada 2 tahun lagi untuk hidup?

Spekulasi mengatakan jangka hayat Putin tinggal dua tahun lagi. Foto: Getty.

KEBIMBANGAN baharu mengenai kesihatan pemimpin Rusia Vladimir Putin datang daripada pegawai perisikan tertinggi Ukraine, menunjukkan beliau tidak mempunyai banyak masa lagi.

Mejar Jeneral Kyrylo O. Budanov berkata, Putin menderita beberapa penyakit "berat" dan "tidak mempunyai umur yang panjang di hadapannya."

Budanov mendakwa mempunyai rangkaian pengintip di dalam Kremlin yang memberikannya maklumat tentang Putin.

Berdasarkan teknologi "kecerdasan manusia" yang dimiliki, Budanov membuat spekulasi bahawa pemimpin Rusia itu mungkin mempunyai dua tahun lagi untuk hidup.

Budanov sebelum ini memberitahu Sky News bahawa Putin menghidap kanser.

Kremlin telah menafikan sekeras-kerasnya banyak laporan bahawa Putin mengalami masalah kesihatan yang serius.

Kali terakhir sumber rasmi Rusia mengakui bahawa pemimpin itu sakit adalah pada tahun 2012, apabila Putin terlepas beberapa majlis awam utama. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain