suria

Ironi! Pernah terbitkan esei ‘Bagaimana Mahu Membunuh Suami Anda’, novelis didakwa atas jenayah sama 7 tahun kemudian

Juri di Portland pada Khamis mensabitkan kesalahan terhadap Nancy (kiri) kerana menembak mati suaminya pada 2018.

PERNAH menghasilkan esei bertajuk 'Bagaimana Mahu Membunuh Suami Anda', ironinya, seorang novelis ditahan dan dijatuhkan hukuman atas jenayah tersebut.

Menerusi esei yang diterbitkan pada 2011 itu, Nancy Crampton Brophy, 71, memperincikan pelbagai pilihan untuk melakukan pembunuhan yang tidak dapat dikesan dan bagaimana kaedah untuk mengelak daripada ditangkap.

Siapa sangka, dia kemudian didakwa membunuh suaminya, Daniel Brophy, seorang cef di Portland pada 2018.

Juri di Portland pada Khamis mensabitkan kesalahan terhadap Nancy kerana menembak mati suaminya empat tahun lalu.

Daniel Brophy, 63, dibunuh pada 2 Jun 2018, ketika dia bersiap untuk bekerja di Institut Kulinari Oregon di Southwest Portland, menurut laporan The Associated Press.

Pendakwaraya memberitahu juri bahawa Nancy melakukan jenayah itu kerana didorong oleh masalah wang dan polisi insurans hayat, namun dinafikan novelis tersebut.

Nancy memberitahu dia tidak ada sebab mahu membunuh suaminya.

Nancy kekal dalam tahanan sejak penahanannya pada September 2018, beberapa bulan selepas suaminya ditembak.

Hukuman terhadapnya dijadualkan pada 13 Jun.

Polis bagaimanapun tidak pernah menemui senjata yang digunakan Nancy untuk membunuh suaminya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain