suria

Persaingan hebat, kafe ini tampil dengan idea luar kotak untuk tarik pelanggan... Reka bungkusan air menyerupai alat sulit lelaki

Bungkusan air unik yang direka mempunyai muncung menyerupai alat sulit lelaki.

SEBUAH kafe di wilayah Songkhla, selatan Thailand, tampil dengan idea luar kotak untuk menarik pelanggan.

Kafe Chadeen mencipta kelainan apabila menghidangkan minuman dalam bungkusan plastik yang direka dengan bentuk menyerupai zakar.

Kewujudan kafe ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan di wilayah itu menyebabkan banyak persaingan, sekaligus mendorong Kafe Chadeen berfikir di luar kotak untuk menonjol dan menarik pelanggan.

Kafe yang terletak berhampiran Lam Plai Junction di daerah Thepa itu turut membuat perkongsian di Facebook untuk mengiklankan dan mengwar-warkan 'kelainan' mereka.

"Jangan merenungnya terlalu lama! Anda tidak akan dapat menahannya! Tolong, jangan terlalu serius. Mari kita ketawa. Apabila anda mempunyai minuman kami di tangan... semua orang akan merenung anda!" demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian tersebut.

Ia meraih 29,000 shares dan menerima lebih 13,000 komen di Facebook, dengan majoriti warganet menganggap idea tersebut sebagai lucu.

Sebelum memperkenalkan bungkusan plastik 'unik' tersebut, Kafe Chadeen menghidangkan minuman di dalam cawan dan bungkusan biasa. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain