suria

Mahu yakinkan pelanggan, syarikat pelayaran tawar ‘full refund’ jika kapal hilang di Segi Tiga Bermuda

Sebuah syarikat menawarkan pakej pelayaran ke Segi Tiga Bermuda. Foto: Getty Images/Science Photo Library RF.

SEBUAH syarikat yang menawarkan pelayaran di Segi Tiga Bermuda menawarkan pelanggan bayaran balik penuh jika kapal itu hilang secara misteri.

Penumpang yang berminat boleh membayar sebanyak £1450 (RM8,045) untuk menikmati perjalanan dua hari dengan menaiki kapal Prima Norway.

"Jangan risau mengenai lawatan Segi Tiga Bermuda ini. Lawatan ini mempunyai kadar pulangan 100 peratus dan wang anda akan dikembalikan sekiranya anda hilang," ujar laman web syarikat itu.

Sebelum ini, Segi Tiga Bermuda yang terletak di bahagian barat laut di Lautan Atlantik utara sering dikaitkan dengan kejadian misteri kehilangan kapal serta pesawat yang melalui kawasan tersebut.

Untuk rekod, lebih 50 kapal dan 20 pesawat, termasuk sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang membawa 306 orang pernah hilang di kawasan itu yang turut digelar sebagai Segi Tiga Syaitan.

Menerusi pakej lawatan itu, pelancong juga akan menikmati pelayaran waktu senja di menikmati pemandangan di atas bahagian kapal yang berlantai kaca.

Malah, beberapa individu akan dijemput untuk memberikan ucapan di atas kapal berkenaan.

Antaranya Nick Pope, yang bekerja untuk Kementerian Pertahanan United Kingdom (UK) dan pengarang West Midlands Nick Redfern. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain