suria

Macam nenek dengan cucu... Remaja 19 tahun melutut lamar wanita umur 76 tahun, siap beli belon bentuk ‘love’

Giuseppe D'Anna melutut di atas lantai sebelum melamar warga emas tersebut.

USIA bukan penghalang.

Begitulah kisahnya mengenai seorang remaja berusia 19 tahun yang sedang mabuk cinta dengan wanita berusia 76 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh beza umur 18 tahun disindir netizen, suami dikatakan bapa... Wanita ini cerita kisah cinta, ‘hot daddy’ tapi comel!

Giuseppe D'Anna turut berkongsi video lamarannya pada 24 Mei lalu menerusi TikTok sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai.

Dihiasi belon berbentuk hati, remaja itu kelihatan melutut di atas lantai sebelum melamar warga emas tersebut.

Malah, mereka turut dilihat berkucupan romantis ketika sesi lamaran berkenaan.

Dalam pada itu, ramai pelayar TikTok turut meluahkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat mereka.

Di sebalik kemeriahan itu, ada juga sebilangan netizen yang meninggalkan komen negatif berhubung jarak usia mereka berdua. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain