suria

Jodoh beza umur 18 tahun disindir netizen, suami dikatakan bapa... Wanita ini cerita kisah cinta, ‘hot daddy’ tapi comel!

Nani pada mulanya menolak pelawaan lelaki ini untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

"LELAKI yang berumur lebih hot!"

Begitulah kapsyen yang ditulis Ain Nani, 30, pada video menceritakan mengenai bagaimana dia dan suaminya, Abd Rahman, 47, menghalalkan hubungan mereka 26 April lalu.

Namun cerita Nani kepada mStar, laluan bukan mudah kerana dia mengakui pernah beberapa kali menolak cinta lelaki yang jarak usia mereka 18 tahun ini sebelum pintu hatinya terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di TikTok, terus kahwin! Wanita usia 22 tahun mahu sampaikan mesej tersirat upload video kononnya kahwin lelaki umur 68 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan cakap tak suka... kan dah kahwin!” - Suami muda 6 tahun, wanita akui mulanya keberatan terima lamaran... tapi apa sebab berubah fikiran?

"Kami mula berkenalan dekat Facebook pada tahun 2017. Masa kami masih dalam sesi perkenalan tu saya belum bersedia nak kenal lelaki lain sebab baru saja bercerai.

"Saya bimbang kalau bercinta waktu itu saya akan menyakitkan hati dia. Tapi dia tak pernah berhenti hantar mesej bertanyakan khabar dan cuba untuk berborak. Namun saya tak layan pun sampai pernah block akaun Facebook dia.

"Tak sangka dia sanggup buat akaun Facebook baru lepas tu add saya semula," katanya kepada mStar.

Namun jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, dia cuba membuka hatinya untuk mengenali hati budi jejaka berkenaan pada 2019 setelah melihat usaha yang ditunjukkannya.

Menurut Nani, sebelum dia menerima pinangan duda anak dua yang kematian isteri ini untuk bertunang pada 26 September 2021, hatinya kembali goyah apabila mengenangkan kisah kegagalannya dalam rumah tangga sebelum ini.

Pasangan ini mula mengenal hati budi masing-masing pada tahun 2019.

"Saya cuba beri peluang dekat dia untuk kami kenal hati budi masing-masing. Tak lama lepas tu dia nyatakan hasrat nak jadikan saya isteri.

"Masa nak beritahu ayah tentang hubungan kami tu memang takut sebab dia susah sikit nak terima orang. Jadi saya minta dia bercakap dengan mama (ibu Nani). Suami mula yakinkan mama dengan bercakap sendiri tentang hubungan kami.

"Tapi trauma saya datang semula, jadi saya minta tangguh sampai saya betul-betul sudah bersedia untuk terima dia. Lepas tu mama banyak nasihatkan saya untuk terima. Akhirnya setelah dah yakin dia adalah lelaki baik, baru saya ambil keputusan untuk bertunang.

Yang penting sama-sama single... jodoh tak kira usia, semoga bahagia sampai ke syurga.

NETIZEN

"Saya rasa bersalah sangat sebab pernah abaikan dia sebelum ni. Dia sanggup terima keburukan saya dan banyak bantu daripada segala segi," katanya.

Cerita Nani lagi, kini dia bersyukur apabila bertemu jodoh dengan suaminya itu kerana jejaka berkenaan banyak mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

"Dia banyak ubah diri saya jadi lebih baik. Apa yang boleh saya katakan, suami adalah seorang yang sangat penyayang.

Mereka telah selamat mendirikan rumah tangga pada 26 April 2022.

"Nak makan pun tunggu saya habis rakam video makanan tu dulu, comel je," ujarnya.

Kata wanita yang kini menetap di Selayang, Selangor ini, hubungan mereka diterima baik serta direstui oleh keluarga kedua-dua pihak.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1 juta jumlah tontonan, Nani menerima pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Namun tak kurang juga yang cuba menyindir Nani apabila menulis dengan bertanya sama ada dia keluar bersama bapa atau suami.

"Keluar dengan ayah ke tu," demikian komen nakal netizen.

Bagaimanapun sindiran berkenaan dikecam sebahagian besar netizen.

Komen beberapa netizen.

"Tak kisahlah beza umur 100 tahun pun janji bukan rampas laki (suami) orang.

"Yang penting sama-sama single. Dah jodoh tak kira usia. Semoga bahagia sampai ke syurga.

"Orang suka perli-perli ni kadang kesian sebab tak boleh nak bezakan ni semua ketentuan Allah dah tertulis daripada lahir sampai matinya kita. Semoga sampai syurga untuk awak," komen beberapa netizen.

Dalam pada Nani berkongsi momen manisnya di media sosial, terdapat segelintir yang menyindir dia dan si suami dengan mengatakan pasangan ini bagaikan seorang bapa dan anak yang keluar bersama.

Ujarnya kalau sudah namanya jodoh, tidak kiralah sekuat mana kita menolak, ia tetap akan datang kepada kita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain