suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang wanita hingga maut, kambing biri-biri dihukum penjara 3 tahun

Seekor kambing biri-biri jantan dihukum penjara kerana menyerang seorang wanita hingga maut. foto Twitter

SEEKOR kambing biri-biri jantan dihukum penjara tiga tahun selepas haiwan itu dilaporkan menanduk seorang wanita hingga maut.

Dalam kejadian di Sudan Selatan, haiwan jitu didakwa melakukan serangan ke atas Adhieu Chaping, 45, dan terkena dada mangsa sebelum meninggal pada hujung minggu lalu.

Hukuman tersebut diputuskan oleh pemimpin setempat.

Sebagai sebahagian daripada hukuman, kambing biri-biri itu perlu ditempatkan di sebalik jeriji besi di kem tentera.

Selain itu, keluarga mangsa juga akan menerima lima ekor lembu sebagai pampasan daripada pemilik kambing.

"Serangan kambing mengenai rusuk wanita itu, menyebabkan mangsa mati serta-merta," kata ketua polis, Elijah Mabor kepada stesen Radio Eye di Sudan.

Memetik laporan Ghanawish, pihak berkuasa mengesahkan kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pemilik kambing akan memberikan lembu kepada keluarga mangsa berdasarkan perjanjian yang dilaksanakan oleh ketua penduduk. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain