suria

Parah di kepala, patah hidung akibat tercampak pada kelajuan 50mph... mangsa kasi 'warning', mainan roda pusing bahaya!

Keadaannya sebelum dan selepas tragedi berlaku.

SEORANG pelancong Britain mengalami kecederaan parah selepas dia tercampak keluar dari dalam permainan roda pusing di taman tema dengan kelajuan kira-kira 50mph.

Mengimbau tragedi yang berlaku ketika dia sedang bercuti di Turki bersama rakan-rakannya, Melissa Hunter, 35, memberitahu dia memutuskan untuk mencuba tarikan waltzer yang terdapat di belakang hotel tempat mereka menginap.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak dipasang tali keselamatan, remaja 14 tahun maut terjatuh dari tower fall setinggi 131 meter

Bagaimanapun, keseronokan itu tidak lama kemudian bertukar mimpi ngeri apabila dia terpelanting dari situ dengan kelajuan tinggi.

Kemalangan yang berlaku itu mengakibatkan badannya berlumuran darah dengan hidung patah serta luka di kepala, siku dan lutut.

Melissa yang berasal dari Southport berkata, dia berkemungkinan sudah meninggal dunia sekiranya seorang kanak-kanak.

Melissa mengalami beberapa kecederaan akibat tercampak keluar.

Melissa mengalami beberapa kecederaan akibat tercampak keluar.

"Kami sama-sama ketawa pada mulanya. Kemudian pekerja terbabit mula menambah kelajuan supaya lebih cepat... pada masa itu saya berada di luar gerabak manakala kawan yang lebih kecil berada di dalam dan bersandar kepada saya.

"Sambil berpusing kami ketawa, kemudian permainan tersebut berhenti dan kami jangkakan ia sudah selesai. Tetapi pekerja terbabit kembali menghidupkan permainan.

"Pada ketika itulah saya menjerit dan berkata kepada Terri 'saya tidak boleh bernafas, saya tidak boleh bernafas' dan cuba kembali ke dalam gerabak tetapi tidak berjaya kerana pergerakan sangat cepat," ujarnya.

Disebabkan itu, Melissa tergantung sebelum menjerit supaya permainan dihentikan.

Dia bagaimanapun tercampak dan mengalami kecederaan serius.

"Ketika mendapatkan rawatan di hospital, saya difahamkan mengalami patah hidung dan memerlukan jahitan di kepala, lutut dan siku selain perlu menjalani beberapa imbasan MRI," ujarnya.

Dalam pada itu, Melissa berkata, dia berkongsikan pengalamannya supaya dapat memberi peringatan kepada orang lain tentang bahayanya permainan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain